Tuesday, 18 March 2014

Deaf...

Pagi tadi, aku bangkit dari tidur, badan kesejukan. Entah apa yang tidak kena. Seingin demam tetapi aku rasakan tidak.

Apakah ia benar ? Adakah ia bukan mimpi ?

 Ligat aku berfikir, hinggakan susah untuk tidur semalam. Aku cuba pekak kan kata-kata hati, tapi tidak kesampaian.

Ahhh.. Celaka sungguh.



Monday, 10 February 2014

Dewa19 - Larut






Mungkin kamu takkan pernah..percaya.. 
Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh..


Wednesday, 27 November 2013

Berjalan Di Lorong Yang Sunyi

Gua tengah tenang,
2,3 hari ni gua suka sangat dengar lagu-lagu dekat soundcloud. Sambil merantau seorang diri, dengan bertemankan suasana yang sunyi dalam bilik gua ni, gua jumpa lagu ni. Menarik dan terhibur. So itu saja yang gua nak bagi tau kalian. Ok, bye!


Friday, 22 November 2013

Round Robin - Suratan Karma

Hey guys, Selamat hari jumaat semua.

So today sedang gua jalan-jalan cuci mata di alam maya, gua terserempak dengan satu lagu ni, sangat menarik. Nak cerita lebih-lebih gua malas. Apa-apa pun memang terbaik.




p/s - gua tak tau macam mana nak share soundcloud lagu tersebut, so gua bagi link untuk korang dengar.

Tuesday, 19 November 2013

The Silent of life..

Gua buka facebook tiap-tiap hari, tapi dah macam takde function untuk gua. Gua rasa dah macam takde life dekat facebook. Jadi gua teruskan membuka setiap hari walhal, gua ignore facebook tersebut. Mungkin gua sudah terasa makin meningkat dewasa?

Gua memang sentiasa lambat masuk opis, gua dah tak tau alasan apa yang gua nak putar pada HR. Ketika dalam perjalanan gua sentiasa berfikir adakah ini alasan yang molek untuk gua berikan? Kadang-kadang gua hanya mampu tersenyum. Mungkin itu membuahkan seribu bahasa untuk gua. Itu juga sebagai jawapan untuk gua berikan.

8 jam atau lebih gua dihadapan skrin laptop, kadang-kadang gua rasa hidup gua hanya bergantung pada talian internet. Jika tiada internet gua mati. Gua sudah mulai bosan. Berpusing dan jauh gua travel dalam alam maya. Dari utara hingga selatan gua pergi. Gua rasa semua sudah gua jengah. Cumanya kaki gua belum meninggalkan kesan tapak disana.

Setiap hari gua tengok status-status manusia dengan sejuta gelagat. Mereka gembira, sedih, marah dan berduka. Status itulah juga tempat mereka berbicara tentang hati mereka. Tidakkah mereka mempunyai kawan sebenar untuk mereka luahkan? Oh yaa.. lupa, sekarang zaman I.T, everything hanya dalam talian. Tidak lupa juga komen-komen yang lupa diri. Gua semak melihat. Muak!

Gua rasa cukuplah. Cukuplah untuk gua berhenti disini.