Wednesday, 27 November 2013

Berjalan Di Lorong Yang Sunyi

Gua tengah tenang,
2,3 hari ni gua suka sangat dengar lagu-lagu dekat soundcloud. Sambil merantau seorang diri, dengan bertemankan suasana yang sunyi dalam bilik gua ni, gua jumpa lagu ni. Menarik dan terhibur. So itu saja yang gua nak bagi tau kalian. Ok, bye!


Friday, 22 November 2013

Round Robin - Suratan Karma

Hey guys, Selamat hari jumaat semua.

So today sedang gua jalan-jalan cuci mata di alam maya, gua terserempak dengan satu lagu ni, sangat menarik. Nak cerita lebih-lebih gua malas. Apa-apa pun memang terbaik.




p/s - gua tak tau macam mana nak share soundcloud lagu tersebut, so gua bagi link untuk korang dengar.

Tuesday, 19 November 2013

The Silent of life..

Gua buka facebook tiap-tiap hari, tapi dah macam takde function untuk gua. Gua rasa dah macam takde life dekat facebook. Jadi gua teruskan membuka setiap hari walhal, gua ignore facebook tersebut. Mungkin gua sudah terasa makin meningkat dewasa?

Gua memang sentiasa lambat masuk opis, gua dah tak tau alasan apa yang gua nak putar pada HR. Ketika dalam perjalanan gua sentiasa berfikir adakah ini alasan yang molek untuk gua berikan? Kadang-kadang gua hanya mampu tersenyum. Mungkin itu membuahkan seribu bahasa untuk gua. Itu juga sebagai jawapan untuk gua berikan.

8 jam atau lebih gua dihadapan skrin laptop, kadang-kadang gua rasa hidup gua hanya bergantung pada talian internet. Jika tiada internet gua mati. Gua sudah mulai bosan. Berpusing dan jauh gua travel dalam alam maya. Dari utara hingga selatan gua pergi. Gua rasa semua sudah gua jengah. Cumanya kaki gua belum meninggalkan kesan tapak disana.

Setiap hari gua tengok status-status manusia dengan sejuta gelagat. Mereka gembira, sedih, marah dan berduka. Status itulah juga tempat mereka berbicara tentang hati mereka. Tidakkah mereka mempunyai kawan sebenar untuk mereka luahkan? Oh yaa.. lupa, sekarang zaman I.T, everything hanya dalam talian. Tidak lupa juga komen-komen yang lupa diri. Gua semak melihat. Muak!

Gua rasa cukuplah. Cukuplah untuk gua berhenti disini.


Monday, 18 November 2013

When you wokeup, She lost everything about you...

Satu hari, dia berkata sedemikian pada kawan gua,

"Jika satu hari aku ditakdirkan hilang ingatan, aku akan cuba ingat kembali siapa diri aku ini, engkau dan apa yang telah terjadi pada aku dan kau. Jika kita ada sesuatu hubungan yang agak istimewa, aku akan cuba ingat kembali dan mencari kenangan itu supaya kau sentiasa ada. Jika aku harus jatuh cinta pada kau, aku akan cuba sepenuhnya untuk jatuh cinta buat kali kedua. I promise to you. "

Itulah realiti yang sedang kawan gua hadapi. Pada mulanya, kawan gua ingat benda ni main-main, because they are always joking all the time. Last week, something happen with the girl. She had a strong headache, go to toilet because she wanted to vomit and she fall in the loo. Her head knock something and her shoulder crack.

In the morning, kawan gua say good morning as well to the girl tapi shes not reply back as a usually. Afternoon, shes reply and said sorry because late reply. Shes also said in the hospital and need to do scan and operation because her shoulder is crack.

Kawan gua panik! Dia ingatkan yang this girl main-mainkan dia. Start dari situ everything become weird. Annoying. Semua jadi tak kena. Apa yang cuba kawan gua sampaikan, that girl still cant get it.

Gua selalu tengok drama-drama swasta and filem yang berkaitan dengan orang yang hilang ingatan, gua ingatkan benda ni tak akan terjadi di persekitaran gua dan kawan-kawan gua, so bila benda ni dah terjadi baru gua tau perasaan seseorang itu bagaimana rasa orang tersayang hilang segala ingatan dan cuba mencari ingatan tersebut.

Shes lost! Dia tak tahu apa yang dia ingin lakukan dalam hidup dia sekarang. Everyone around her turn to stranger. Shes trying to keep remember everything. Her head spinning and headache again. Thats so hard for her. Feel so sorry to her. Its fate ?


Friday, 18 October 2013

If You Believe in GOD...

Ramai orang berkata, aku percaya pada tuhan, i believe in GOD, atau sebagainya, begitulah ayatnya, tapi adakah mereka betul-betul faham erti percaya pada tuhan? Percaya pada allah? Atau sekadar ungkapan untuk menarik perhatian umat-umat manusia? Atau sengaja mendapat komen-komen yang best? Atau sengaja untuk mendapatkat like yang beribu-biru lemon banyaknya? Ahhh.. Lu orang memang karut.

Gua buka satu laman sosial network, gua nampak sorang minah ni update status,

" I Believe in God, bad things happen for reason and i will never cry for it "

Yeah, manis sungguh lidah kamu bersuara begitu dan ringan sungguh jari jemari kamu menaip kata-kata pemberi semangat. Gua bukan nak kondem lu orang yang suka buat ayat-ayat begitu, tapi lu orang kena tengok balik diri lu orang. If lu orang faham ungkapan yang lu orang ungkapkan tu, ia adalah bagus. Tapi... yes why kena ada tapi... sebab apa yang gua selalu nampak mereka-meraka yang berkata sedemikian rupa adalah orang yang riak, sombong, cuba menarik perhatian orang lain dan lagi satu, if you really-really trust and believe in ALLAH for our muslim, please lah pakai pakaian yang sopan. Ni tidak, pakai skirt pastu tulis macam ayat dekat atas. Apa, lu agama apa? Gua tengok lu muka orang melayu, nama melayu dah tentu lu agama ISLAM kan? Kalau agama lain tu gua tak tau laa.. Gua minta maaf banyak-banyak ok.

So apa yang lu orang fikirkan sekarang ni? Lu pikir sendirilah..


p/s :- gua pun bukan baik sangat, cuma gua terfikir benda ni.

Thursday, 3 October 2013

Resah Hati


Gua terasa yang hidup gua celaru. Bercampur gaul bermacam-macam warna. Gua pilu. Gua resah. Penah dulu gua berfikiran pendek. Pernah dulu gua rasa gua mau lari dari kenyataan. Pernah dulu gua rasa gua tak guna. Itu semua pernah.

Gua bertanyakan pada seseorang,

" Hey, Can you please turn back the time ? I don't care which what, way or anything else you gonna do but what i want is, i need my old time "

Susah. Memang tak akan menjadi kenyataan. Itu mungkin mimpi.

Lena malam, gua mati dalam keheningan gelap. Cerah pagi, gua bermula rutin harian. Malas meronta-ronta untuk mati.

"Hey, lu apa masalah?"

Gua jerit  dalam hati gua, bergaduh semasa sendiri. Itu semua gua dengar. Bila semua ini akan berhenti ? Gusar hati untuk menerima jawapan.

Sedikit tanda tanya.

"You have an option! All in your hand, make it or forget it. Done! All i want is, a years or two week stay with me".

Terpinga gua untuk membalas soalan itu.